Sunday, May 30, 2010

TERKEDU (Pt1)

Terkedu
Diantara kabur dan terang dgn jalan yang telah dilalui....
Terkedu
Juga tatkala hitungan usia di calculatorkan

Terkedu....
tatkala jari jemari menghitung
usia yang hampir setengah abad
menghitung jari telunjuk
yang sekerap mana di tegakkan
tatkala diri membaca "asyhaduallah illah ha illalllah wa asyahaduanna muhammadurrasullullah"

Terkedu
Sejauh mana alunan zikir "ikhlas" dinyanyikan
sejauh mana solat sunat "ikhlas" dilakunkan
Sejauh mana juga sedekahjariah "ikhlas" dititipkan....

Terkedu....
Tatkala sang anak berkata "ibu ana sudah masuk hafazan ke juz 10"
Masyaallah...Astafirullah....
layakkan diri ini menjadi sebahagiannya
cocok kah diri ini menghirup kesyahduannya...
sucikah dirinya untuk mengaut keuntungan darinya....

Terkedu....
Juga terpukul... Terhentak jua tersentak....
Tanpa bicara ikhlas .... mampu kah meluahkan
maksud nurani sudut yang ikhlas....
maksud hakiki jiwa yang kudus....
maksud naluri maksud hati maksud rabbani...

Terkedu...

Saturday, January 9, 2010

LONDON






Thursday, August 27, 2009

INGATAN BUAT DIRI - Mencari Nur Kasih

Ku berjalan didadamu...
Mencari khilafan diri
mencari ketenangan rindu
pada suara parau mengejutkan....

Kasih ini cinta ini
ibarat deruan ombak yang menghayun alunan
terkadang gagah menahan paluan
terkadang lemah didada piluan

Nur.......
Apa diri mampu memiliki
cinta suci yang dijanji
kasih murni yang tersaji....

Tangan kudus menadah di kaki cinta
hayunan lemah tusuk di kaki lima
hati ini jiwa ini menanti saat diterima
hakikat cinta yang entah dimana

Nur....
Ku sedar bukan salahmu terpinggir cinta
bukan silapmu mendidik pujangga
dan bukan khilafmu mengajar si buta

Telah kau beri tongkat asmara
telah kau hidang janji berdua
telah kau ajar cara bercinta
telah kau beri pedoman fatwa

Bangunlah sayang bangunlah insan
cinta menanti di puncak asmara kasih
sebelum mata terpejam tanpa bantuan
ayuh bangkit mencari NUR KASIH

Wednesday, August 26, 2009

INGATAN BUAT DIRI - Sesaat pt 2

sesaat juga terasa ketar
apakah ini yang dijanji sekian lama
apa tertunai sudah segala yang dikota
sepertimana tertera di dada fatwa....

apa jawapan yang harus diberi
apa mampu lidah ini berdikari sendiri
melafaz bait bait cinta nyanyian sepi
melakar kisah kisah kalamullah yang hakiki

kenalkah dikau pada NYA
kasihkah kamu pada DIA
cintakah dirimu pada siPENA
seakrab mana diri pada SEMUA

Soalan apa ini....
aneh bunyi pada diri yang tidak mengerti
sulit nada tanpa irama nyanyi
parau suara tanpa senyuman di pipi

sedar dia kini di alam yang abadi
disini bersemadi segala yang dijanji
disini bermula perjalanan hakiki
pentas tarian sudah tiada lagi

sesaat tersedar...... aku harus kembali
bangkit dari lena ku tadi
pasti ku sahut sahutan tadi
bersama berdiri disisi hakiki

yang pasti
apa bisa kembali
membaiki segala yang alpa dan sepi
menambah segala yang terlalu dikurangi
membaiki jalan yang sudah dirosaki.....

INGATAN BUAT DIRI - Ramadan kali ini

Ramadan datang lagi....
Penyucian jiwa bermula sebulan ini
Apatah hati tega bercinta dan menyintai
Dengan ramadan kali ini....

Ramadan silih berganti...
jiwa kosong perlu dipenuhi
jiwa suram alpa tatkala menyendiri
apakah itu tanda kotornya hati

Ramadan kali ini.....
tatkala mengintai di balik tabir hari
tertanya sang empunya diri
apakah termakbul janji di dinihari

Ramadan yang dilalui......
tetap ramadan yang gagah berdiri
disisinya penuh keberkatan andai dicari
didadanya penuh keampunan andai ditontoni

Ramadan yang diberkati...
janji Allah tidak pernah memungkiri
kata mukjizat Rasul telah terbukti
andai diri tidak gundah dalam menyelidiki.....

Ramadan di malam hari....
bangunlah mata ayuh mencuri
tegaklah diri mencari santapan ruhani
simpuhlah kaki agar tegar menghayati....

Tuesday, August 25, 2009

INGATAN BUAT DIRI - Sesaat Pt 1

Terpenjam lena si beradu
tatkala bilal menyanyi rindu
rindu pada dia rindu pada tamu
datang berdiri bersama berlagu

Si beradu tetap disitu
ditarik selimut menutupi hingga kedagu
membiar diri hanyut difana kelabu
tanpa sedar tanpa calit rasa ragu

sesaat terasa diri entah dimana
tiada suara tiada wajah tiada panorama
sekilas pandangan ternampak pusara
diatas nesan terpalit namanya...

aku dimana kata sidia
belum puas menatap panorama indah
belum tertunai janji asmara
belum terlukis lukisan indah buat hadiah di hari muka

aku dimana kata sidia
mana ibu mana ayah mana kasih mana si pencinta
mana teman janji bersama
mana harta yang dikumpul sekian lama

aaaahhh baju apa yang dipakai ini
warna serentak tanpa calitan irama
lagu apa yang berkumandang ini
pernah didengar tapi entah dimana

Wednesday, August 5, 2009

INGATAN BUAT DIRI - NUR TUHAN

Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yang menghijab hati
Hitung dosa saat pergi tak kan kembali
Sisa umur tidak undur lagi

Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir tak kan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman tuhan

Isi alam puspa warna
Bukti tuhan maha kuasa
Kemanakan arah tuju
Hukum tuhan pasti berlaku

Bukan tempat lali leka
Di dunia bakti ditempah
Tanam budi luhur murni
Di akhirat tempat abadi

Himpun doa di pohon harapan
Tempah rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengan NUR dari tuhan
Suluh terang jalan kebahgiaan

Friday, January 30, 2009

SEOUL KOREA

3 Mak dara OTW ke Seoul

Januari 2009 - Seoul Korea.... Emmm dah agak lama tak bercuti menggunakan pakej..... kali nie survey punya survey berkenan lak nek ke Beijing... dulu dah g tapi nak g lagi sekali nak merasa pulak suasana winter.... unfortunately last minit pakej di tunda lah di batal lah... geram aku... kene buat survey lagi.. tup tup emmm berkenan lak nak ke Korea.. Kali nie g dengan adik tersayang.... memang seronok rupanya sekali sekala jalan dgn adik bongsu aku... baru tau (actually mmg dah tau) dia gila gila mcm aku... so percutian memang jadi HAPPENING giler... Thanks Ja make this percutian penuh bermakna, CERIA dan FUNNNNN.... plus ikut serta staf opis.... (Lina) tak brapa reti nak bercerita tentang Korea nie... coz bagi aku it really full of fun... memang penat sikit lah ke Korea nie (pasal tu aku kurang berkenan ikut pakej nie).... Apa pun memang penuh dgn gelak dan tawa dan penuh dgn keriangan......... Yang sedihnya masa kat KOrea tak berpeluang jumpa "salji" emmm kalau ada pun salji tu dan melt dan berlonggok atas lantai..... Cuma masa on the way ke Pulau Nami (film Winter Sonata) tu je yang betul dapat suasana yang sejuk bangat.... emmm masa percutian nilah meet new fren yang kononnya control macho.... tapi hampeh.... SAMA je..... (apa masalah ko)

Seoul.... Cantik.... Menarik.... dan happening bandarnya.... Destinasi pecutian kami pun sikit lebih kurang mcm tu lah .... menikmati sesuatu yang cantik di mata.... menarik di hati dan happening pada keadaan.... Nami Island, Seoul, Everland dll (tak hingat dah ooooi)....... And dengan kekretivitian picture yang di ambil Ija buatkan memori itu indah (once again Thanks Ja.... camni leh leee bawak lagi ) hehehehe kalau ada rezki lahhhhh


Sunday, January 25, 2009

JEREJAK RESORT

JANUARI 2009 - Jerejak Resort Pulau Pinang.... Dah berkali-kali ajak suami untuk ke Pulau Jerejak... tapi dek kerana dengar berbagai bagai amaran dan cerita ceriti yang kurang sedap di dengar.... banyak kali jugak lah membatalkan niat. (Walau terkadang tu booking dah di buat). Kali ni kuatkan hati dan semangat dan setelah mendapat "khidmat nasihat" dari kawan "sekapal" masa g haji (yang merupakan consultant yang dilantik oleh pihak Jerejak Resort) yang mengatakan "tak ada apa lah suri kat sana".... merepek je ko nie dengar kata tempat tu "keras". Aku pun angkut semua ahli keluraga akau termasuk mak dan ayah... Terkejut gak mak dan abah pasal percutian nie memang tak di ketahui oleh depa. Yang dia orang tau nak g kenduri kahwin anak buah suami.
Jerejak Resort bagi aku sesuai sesangat untuk dijadikan salah satu destinasi percutian berkeluarga... Anak-anak boleh merasa naik bot pastu journey dari jeti ke resort pun tak lama.... Nak pergi memang senang dari KL guna hi-way PLUS sampai ke Destinasi... tak rumit pun perjalanannya... Apa yang menarik kalau di tanya....... sama seperti resort-resort yang lain cuma kalau nak lebih adventure boleh lah g hiking melawat tempat-tempat (opsss lupa nak cerita Pulau Jerejak nie dulu adalah bekas Penjara / tahanan) tahanan, tapak penjara dll. Saya tak pergi pun tempat2 mcm tu coz cuma amik pakej 2H 1M lebih kepada nak berehat...... Since anak2 suka mandi kolam selama waktu tu ke kolam renang je lah depa..... Kat kolam renang dari celah-celah pokok boleh nampak kapal terbang naik-turun dari Airport Penang.....




















Tuesday, January 6, 2009

PERIA KATAK


Emmm nak cuba tak makan peria ... peria katak.... kalau tengok dalam blog blog yang bercerita tentang peria... memang pahit..... Saya nak berkongsi satu resipi yang saya dapat dari seorang kawan dari Sandakan Sabah.... Kalau tak silap saya "cara" resipi ini adalah merupakan cara atau resipi kegemaran aruah ayahanda beliau (Almarhum En Karuput bin Diman) so sesiapa yang mencuba resipi ni jangan lah lupa sedekah Alfatihah kepada roh beliau... (mudah-mudahan ianya menjadi sedekah jariah yang berpanjangan untuk beliau)....
Resipi nya :-
3 atau 4 buah Peria katak... (dihiris halus-halus sikit lebih kurang mcm dlm gambar)
1 biji bawang besar (Potong 2 pastu hiris)
1 biji limau nipis (di ambil airnya)
3 - 4 biji cili padi (ditumbuk)
Udang kering lebih kurang dlm 20 ekor kot - direndam dengan air panas
(kalau tak suka dengan udang kering boleh tukar dengan ikan bilis)
kalau nak letak ikan bilis - goreng dulu
2 biji tomato bulat..... (dibuang biji nya dan dipotong dadu)
cili merah sebagai hiasan.
Cara-caranya ....
Peria yang telah di hiris rendam dengan air garam... dan diramas-ramas untuk menghilangkan PAHITNYA. (biarkan beberapa ketika lebih kurang dalam 5-10 minit) Pastu dibasuh dan ditoskan... masukkan bawang besar air limau nipis dan cili padi. Gaul rata-rata pastu masukkan ikan bilis atau udang kering tadi.... bila dah siap masukkan pulak tomato dan cili untuk hiasan... taaaadaaaa.... campur garam sikit... kalau suka boleh letak gula kalau yang suka dgn aji no moto letaklah sikit.... emmmm sedap dimakan dengan nasi panas-panas.....

Thursday, January 1, 2009

BELIMBING BULUH


Sempena kedatangan Ramadan ni saya ingin berkongsi satu lagi resipi ... emm yang nie pulak saya dapat dari bonda kesayangan saya (Puan Hajjah Saripah Kassim).... resipi nie pulak bonda saya dapat dari Pakar masak terkemuka Florence... (lupa nama penuh beliau)... emm nama masakan nya tak pasti.... yang PASTInya memang sedap tambah masa bulan ramadan nie ..... sedap je kot.... resepi menggunakan belimbing buluh (spt dalam gambar) saya suka resipinya coz ianya simple dan yum yum yum masam2 manis (lemak berkrim)
Resipinya...
1 kilo bilimbing buluh (dihiris harus - ditumbuk, diperah airnya dan ditos)
2 sudu besar tauchu
30 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
Cili mera sebagai hiasan.
Minyak Jagung (untuk menumis)

Cara-caranya
Panaskan minyak jagung .... masukkan bawang putih.. tumis hingga garing pastu masukkan tauchu kacau kacau pastu masukkan belimibing...,. kacau kacau sampai masak... campurkan garamdan gula (sesedap rasa) sebelum angkat letak cili merah yang telah dihiris sebagai hiasan........tadaaaaaaaaaa (masuk peti sejuk bila bila nak makan amik sikit......) yum yum yum sedap....

IKAN MASIN MASAK ASAM

IKAN MASIN GORENG ASAM


140 g daging ikan kurau atau isi ikan talang, hiris nipis dan rendam sekejap, toskan -
2 tangkai cili kering, cuci bersih, dan potong serong
5 biji bawang Besar, belah 6
5 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, belah 3
1/2 cm halia, hiris halus
300 ml jus asam jawa
gula (secukup rasa)

Cara membuatnya :
Panaskan minyak (dalam 1/2 cawan), goreng ikan masin tadi hingga garing, angkat dan toskan. Alih ke dalam pinggan sesuai. Cedok keluar minyak dan tinggalkan 3 camca besar. Tumis cili kering, bawang merah, bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan air asam dan biar mendidih. Tambah gula dan renih hingga kuah pekat (kalau suka berkuah jangan tunggu sampai pekat). Angkat dan tuang atas ikan masin tadi. Hidangkan segera dengan nasi hangat atau bubur nasi... memang mak mertua kat belakang pun tak nampak..... (gambar copy paste dari blog cek de sam)

Saturday, October 18, 2008

CAMERON HIGHLAND


Ladang Teh Cameron Valley


October 2008 - Program percutian bersama keluarga di Cameron Highland. Cameron Highland merupakan destinasi yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. HuB aku suka sesangat hirup tea panas di sini, anak2 pulak suka makan Hot Choc cake bersama ais kerim.... Selalunya kami kesini bila on the way balik dari Penang. Ada kalanya percutian disini adalah di luar rancangan. Half way balik dari Penang terus je naik ke cameron so berehatlah sehari dua kat sini esoknya turun balik. Kalau dulu memang tak gemar ke Cameron coz perjalan dan "jalan" yang agak lama dan teruk tapi sekarang memandangkan dah ada route baru naik dari Simpang Pulai.... ianya menjadi destinasi alternatif. Yang paling syok bila bawak anak2 g petik Strawberry Segar.... emmm tak hingat yang teruk apabila di timbang (teruk kene bayarlah).... Dulu aku pun tak gemar makan strwberry pasal rasanya yang agak masam tapi entah sejak dua menjak bila tau strawberry Lazat dan Berkrim (mcm iklan susu) bila di celup dalam susu pekat..... (tak caya cuba) ianya terus jadi favorite kami sekeluarga. So sebelum ke kebun strawberry aku akan pastikan HuB beli susu pekat... kalau tak jumpa kami pasti akan cari sampai dapat...... Inilah aktivit kami sekeluarga bila ke Cameron Highland..... g minum teh, pastu lawat ladang teh pastu g kebun strawberry (plug sendiri) then lepak2 pepahi bangun jogging..... Nasihat aku kalau nak g g lah hari ahad balik hari isnin..... boleh g pasar malam di Brinchang.... mcm2 ada kat situ...

Friday, August 1, 2008

ISTANBUL, TURKEY

Masjid Biru / Blue Mosque

Ogos 2008 - Bermusafir ke Istanbul adalah pengalaman yang paling indah dalam hidup ini bersama suami. Istanbul sebuah kota yang pada pendapat aku "cantik", menarik dan sungguh "segar". emmm nak bercerita lebih tentang bandar Istanbul rasanya tak dapat kot... pasal ke sana tahun lepas so ada lah perkara-perkara menarik yang dah lupa..... Kami ke sana tidak mengikuti sebarang pakej atau syarikat perlancongan maknanya kalau ikut kawan aku di panggilnya pakej "redah je". Tak banyak kesukaran yang dihadapi ... yang penting tak perlu sebarang visa untuk ke Istanbul.. emmm senang keje ... Bandar Istanbul adalah sebuah bandar yang "easy to access". Nak kemana-mana pun tak susah naik tram turun tram. Itulah yang kami rasa dan buat. Selama seminggu aktiviti berjelajah di setiap cerok bumi Istanbul.... Cuma makan kat sana agak mahal bagi insan seperti kami. ...... Walau tak ada pengalaman dan tanpa sebarang petunjuk kami berjaya juga merealisasikan impian untuk ke Istanbul dengan perbelanjaan yang minima. Itu yang penting ... Perbelanjaan Yang Minima. Sempat juga kami menziarahi Keluarga Dr Uzeyir (Kenal melalui Skype). Peramah dan memang happening beliau dan keluarga beliau. Sempat lah juga merasa masakan "asli" hidangan keluarga Turkish masa di sana....... menurut Dr Uzeyir nasi adalah makanan paling susah dan mahal di Turkey. Pasal ianya perlu di import dari luar.



Selat Bosphorus
Persembahan Etnik Turk

Dr Uzeyir & Puan Malik


Fatma, Zehra, Malik Husin & Mohd




Friday, October 5, 2007

MESIR 2007
















Oct 2007 - Dengan berbekalkan kepercayaan pada "adik-adik" dan keizinan suami, saya melangkah kan kaki bandar Kaherah di Mesir. Saat tu lebih kepada mencari ketenangan - hati terluka, ditambah dengan kesedihan yang teramat sangat atas kehilangan adik tersayang. Pergi ke bumi Mesir dengan harapan yang segunung tinggi agar kesedihan dapat diubati.. Pelik kan emmm macam adik bongsu saya kata "ko nie merajuk-merajuk, sedih2 g melancong g berjalan" hehehehe rezki Allah bagi pastu dapat green light saya pejamkan mata pekakkan telinga booking flight contact adik-adik yang tengah bercuti di Universiti Azhar minta tolong arrangekan penginapan dan pengangkutan saya pun zupppp terbang.
Mesir.... mcm Istanbul gak nak bercerita dah hampir2 tak ingat. Apa yang saya boleh katakan perjalanan saya kali ini betul2 bercorak "advanture" saya merentas padang pasir kiri kanan, bertemu dengan ribut pasir.... masa tu kata emmmm berkeretapun rasa semacam bila dilanda ribut pasir bayangkan perjalanan nabi-nabi para anbia dan perjuang-pejuang Islam dahulu yang hanya berkenderaan Unta dan Kuda. Mesir memang penuh dengan sejarah.... Sejarah tentang kebongkakan manusia (Firaun), sejarah perjuangan nabi Musa dll. MAsa di sana saya sempat menziarah Makam Nabi Harun a.s, Nabi Saleh a.s. Makan Nabi Daniel, Makam Imam Shafie... (tak sempat amik gambar masa tu bateri camera abis) pastu apa lagi hek.... emmm sempat gak ke Kaki Gunung Sinai (Tempat Nabi Musa bermunajat untuk bertemu Allah) Tapi saya tak naik pun ke atas tinggi sangat. Terasa sayunya hati bila teringkatkan pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Musa, cekalnya dan kuatnya baginda. Bila saya tengok rancangan Jejak Rasul.... dlm hati berbunga-bunga... emmm macam inilah perjalanan aku dulu. Selain tu berpeluang gak g masjid Rabiatul Adawiyah (Idola saya)... thought ada makamnya di sana rupaya dari info yang dapat makam beliau ada di bumi Palestin.....










Sunday, January 1, 2006

HANYIR AYAM

Wajah tepung Gandum

Ahak.... lepas bercerita tentang hanyir ikan bercerita lak nak hilangkan bau hanyir ayam....
Caranya sama je macam hanyir ikan tadi... lepas basuh bersih-bersih toskan ayam.... gaul sebentar dengan tepung gandum dah lepas tu basuh lah balik...... (petua nie dapat masa mula2 balik kampung mertua).. gayanya saya nie masa mula2 tak tau lah jugak cuci ayam dengan tepung gandum...... (ada ke yang senasib dgn saya?????)

SAKIT GIGI

Bunga Cengkih




Tumbuhan herba amat meluas kegunaanya, sama ada untuk masakan harian juga tentang ubat ubatan yang telah di amalkan dari zaman dahulu sehingga kini. Contoh nya “BUNGA CENGKIH”. Petua orang tua tua menggunakan bunga cengkih di tumbuk (jadikan serbok) kemudian di jadikan ubat sakit gigi (Gigi yang berlubang).Masukan serbuk bunga cengkih tadi ke dalam gigi yg berlubang, sekiranya merasa sakit. Lama kelamaan akan hilang sakit tesebut.

KEPUTIHAN

Pokok Daun Kaduk



Pucuk kaduk selain dibuat ulam yang menyelerakan samada di makan mentah atau di celur, daun yg tua saya akan rebus, sejukan dan di buat air basuhan selepas membuang air kecil atau selepas habis haid. Khasiatnya ialah dapat menjadikan awet muda, mengurangkn keputihan, menghilangkan gatal dan kerengsaan pada bahagian sulit.

Hanyir Ikan

Buah asam Jawa

Asam Jawa yang telah diproses

Rasanya semua tau cara nak menghilangkan hanyir ikan... emmm saje je masukkan dalam blog nie kot-kot lah kalau ada yang terlupa atau tak pernah dengar atau mungkin lupa (pasal dah lama tak masak) hehehe..... Caranya lepas siang ikan tu... basuh, pastu redam selama lebih kurang 2 3 minint dalam air asam jawa.......confirm hilang bau hanyir tersebut.... (rasa kelakar pulak lah bg petua nie... tapi Slumber je lah)

** kalau sesiapa ada cara yang lebih canggih share-share lah kat sini***

Wednesday, August 31, 2005

BEIJING, CHINA

Ogos 2004 - Rasanya 1st time dapat bermusafir ke negara orang.... Setelah hampir 15 tahun bekerja...... Dengan duit hasil titik peluh sendiri. Sebelum nie ada gak berjalan... g Umrah (hasil sponsor dari tempat keje lama - Thank's a lot Tengku... jasa mu tetap di kenang ialah mcm orang kata tempat jatuh lagi dikenang ini kan pulak tempat bermanja-manja kucing meow-meow tapi bukan dgn bos nya lah... dengan kengkawan dan adik adik kat situ....huhuhuhuh do missed all of you) Ok bercerita tentang Beijing China.... memang seronoklah berjalan tambah2 1st time kan... Kat sini ramai Muslim... so nak makan masakan pure Chinese memang tak susah.... dan tak perlu ragu2... Chinese Muslim kat sini memang ramai dan memang mudah nak cari makan... emmm itu bab makan bab jalan2... puas lah jalan2 kat sini g tembok besar, g Summer Palace Forbidden City....emmm g mana lagi yea.... entah lah ada 3 4 tempat plus g lah jugak ke Tianjin.... Tempat shopping paling best aku rasa pasal harga nya memang murah murah giler...... so enjoy je lah tengok foto yang sempat di upload kat sini.....

Geram tengok bear nie....





Dari ATAS Great Wall...... Berjaya gak sampai atas dengan anak sedara (Ayiez)




Depan Forbidden City - laluan Naga


Depan Forbidden City

Merpati Dua Sejoli di Summer Palace


Followers