Sunday, January 1, 2006

HANYIR AYAM

Wajah tepung Gandum

Ahak.... lepas bercerita tentang hanyir ikan bercerita lak nak hilangkan bau hanyir ayam....
Caranya sama je macam hanyir ikan tadi... lepas basuh bersih-bersih toskan ayam.... gaul sebentar dengan tepung gandum dah lepas tu basuh lah balik...... (petua nie dapat masa mula2 balik kampung mertua).. gayanya saya nie masa mula2 tak tau lah jugak cuci ayam dengan tepung gandum...... (ada ke yang senasib dgn saya?????)

SAKIT GIGI

Bunga Cengkih




Tumbuhan herba amat meluas kegunaanya, sama ada untuk masakan harian juga tentang ubat ubatan yang telah di amalkan dari zaman dahulu sehingga kini. Contoh nya “BUNGA CENGKIH”. Petua orang tua tua menggunakan bunga cengkih di tumbuk (jadikan serbok) kemudian di jadikan ubat sakit gigi (Gigi yang berlubang).Masukan serbuk bunga cengkih tadi ke dalam gigi yg berlubang, sekiranya merasa sakit. Lama kelamaan akan hilang sakit tesebut.

KEPUTIHAN

Pokok Daun Kaduk



Pucuk kaduk selain dibuat ulam yang menyelerakan samada di makan mentah atau di celur, daun yg tua saya akan rebus, sejukan dan di buat air basuhan selepas membuang air kecil atau selepas habis haid. Khasiatnya ialah dapat menjadikan awet muda, mengurangkn keputihan, menghilangkan gatal dan kerengsaan pada bahagian sulit.

Hanyir Ikan

Buah asam Jawa

Asam Jawa yang telah diproses

Rasanya semua tau cara nak menghilangkan hanyir ikan... emmm saje je masukkan dalam blog nie kot-kot lah kalau ada yang terlupa atau tak pernah dengar atau mungkin lupa (pasal dah lama tak masak) hehehe..... Caranya lepas siang ikan tu... basuh, pastu redam selama lebih kurang 2 3 minint dalam air asam jawa.......confirm hilang bau hanyir tersebut.... (rasa kelakar pulak lah bg petua nie... tapi Slumber je lah)

** kalau sesiapa ada cara yang lebih canggih share-share lah kat sini***

Followers