Thursday, August 27, 2009

INGATAN BUAT DIRI - Mencari Nur Kasih

Ku berjalan didadamu...
Mencari khilafan diri
mencari ketenangan rindu
pada suara parau mengejutkan....

Kasih ini cinta ini
ibarat deruan ombak yang menghayun alunan
terkadang gagah menahan paluan
terkadang lemah didada piluan

Nur.......
Apa diri mampu memiliki
cinta suci yang dijanji
kasih murni yang tersaji....

Tangan kudus menadah di kaki cinta
hayunan lemah tusuk di kaki lima
hati ini jiwa ini menanti saat diterima
hakikat cinta yang entah dimana

Nur....
Ku sedar bukan salahmu terpinggir cinta
bukan silapmu mendidik pujangga
dan bukan khilafmu mengajar si buta

Telah kau beri tongkat asmara
telah kau hidang janji berdua
telah kau ajar cara bercinta
telah kau beri pedoman fatwa

Bangunlah sayang bangunlah insan
cinta menanti di puncak asmara kasih
sebelum mata terpejam tanpa bantuan
ayuh bangkit mencari NUR KASIH

Wednesday, August 26, 2009

INGATAN BUAT DIRI - Sesaat pt 2

sesaat juga terasa ketar
apakah ini yang dijanji sekian lama
apa tertunai sudah segala yang dikota
sepertimana tertera di dada fatwa....

apa jawapan yang harus diberi
apa mampu lidah ini berdikari sendiri
melafaz bait bait cinta nyanyian sepi
melakar kisah kisah kalamullah yang hakiki

kenalkah dikau pada NYA
kasihkah kamu pada DIA
cintakah dirimu pada siPENA
seakrab mana diri pada SEMUA

Soalan apa ini....
aneh bunyi pada diri yang tidak mengerti
sulit nada tanpa irama nyanyi
parau suara tanpa senyuman di pipi

sedar dia kini di alam yang abadi
disini bersemadi segala yang dijanji
disini bermula perjalanan hakiki
pentas tarian sudah tiada lagi

sesaat tersedar...... aku harus kembali
bangkit dari lena ku tadi
pasti ku sahut sahutan tadi
bersama berdiri disisi hakiki

yang pasti
apa bisa kembali
membaiki segala yang alpa dan sepi
menambah segala yang terlalu dikurangi
membaiki jalan yang sudah dirosaki.....

INGATAN BUAT DIRI - Ramadan kali ini

Ramadan datang lagi....
Penyucian jiwa bermula sebulan ini
Apatah hati tega bercinta dan menyintai
Dengan ramadan kali ini....

Ramadan silih berganti...
jiwa kosong perlu dipenuhi
jiwa suram alpa tatkala menyendiri
apakah itu tanda kotornya hati

Ramadan kali ini.....
tatkala mengintai di balik tabir hari
tertanya sang empunya diri
apakah termakbul janji di dinihari

Ramadan yang dilalui......
tetap ramadan yang gagah berdiri
disisinya penuh keberkatan andai dicari
didadanya penuh keampunan andai ditontoni

Ramadan yang diberkati...
janji Allah tidak pernah memungkiri
kata mukjizat Rasul telah terbukti
andai diri tidak gundah dalam menyelidiki.....

Ramadan di malam hari....
bangunlah mata ayuh mencuri
tegaklah diri mencari santapan ruhani
simpuhlah kaki agar tegar menghayati....

Tuesday, August 25, 2009

INGATAN BUAT DIRI - Sesaat Pt 1

Terpenjam lena si beradu
tatkala bilal menyanyi rindu
rindu pada dia rindu pada tamu
datang berdiri bersama berlagu

Si beradu tetap disitu
ditarik selimut menutupi hingga kedagu
membiar diri hanyut difana kelabu
tanpa sedar tanpa calit rasa ragu

sesaat terasa diri entah dimana
tiada suara tiada wajah tiada panorama
sekilas pandangan ternampak pusara
diatas nesan terpalit namanya...

aku dimana kata sidia
belum puas menatap panorama indah
belum tertunai janji asmara
belum terlukis lukisan indah buat hadiah di hari muka

aku dimana kata sidia
mana ibu mana ayah mana kasih mana si pencinta
mana teman janji bersama
mana harta yang dikumpul sekian lama

aaaahhh baju apa yang dipakai ini
warna serentak tanpa calitan irama
lagu apa yang berkumandang ini
pernah didengar tapi entah dimana

Wednesday, August 5, 2009

INGATAN BUAT DIRI - NUR TUHAN

Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yang menghijab hati
Hitung dosa saat pergi tak kan kembali
Sisa umur tidak undur lagi

Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir tak kan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman tuhan

Isi alam puspa warna
Bukti tuhan maha kuasa
Kemanakan arah tuju
Hukum tuhan pasti berlaku

Bukan tempat lali leka
Di dunia bakti ditempah
Tanam budi luhur murni
Di akhirat tempat abadi

Himpun doa di pohon harapan
Tempah rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengan NUR dari tuhan
Suluh terang jalan kebahgiaan

Friday, January 30, 2009

SEOUL KOREA

3 Mak dara OTW ke Seoul

Januari 2009 - Seoul Korea.... Emmm dah agak lama tak bercuti menggunakan pakej..... kali nie survey punya survey berkenan lak nek ke Beijing... dulu dah g tapi nak g lagi sekali nak merasa pulak suasana winter.... unfortunately last minit pakej di tunda lah di batal lah... geram aku... kene buat survey lagi.. tup tup emmm berkenan lak nak ke Korea.. Kali nie g dengan adik tersayang.... memang seronok rupanya sekali sekala jalan dgn adik bongsu aku... baru tau (actually mmg dah tau) dia gila gila mcm aku... so percutian memang jadi HAPPENING giler... Thanks Ja make this percutian penuh bermakna, CERIA dan FUNNNNN.... plus ikut serta staf opis.... (Lina) tak brapa reti nak bercerita tentang Korea nie... coz bagi aku it really full of fun... memang penat sikit lah ke Korea nie (pasal tu aku kurang berkenan ikut pakej nie).... Apa pun memang penuh dgn gelak dan tawa dan penuh dgn keriangan......... Yang sedihnya masa kat KOrea tak berpeluang jumpa "salji" emmm kalau ada pun salji tu dan melt dan berlonggok atas lantai..... Cuma masa on the way ke Pulau Nami (film Winter Sonata) tu je yang betul dapat suasana yang sejuk bangat.... emmm masa percutian nilah meet new fren yang kononnya control macho.... tapi hampeh.... SAMA je..... (apa masalah ko)

Seoul.... Cantik.... Menarik.... dan happening bandarnya.... Destinasi pecutian kami pun sikit lebih kurang mcm tu lah .... menikmati sesuatu yang cantik di mata.... menarik di hati dan happening pada keadaan.... Nami Island, Seoul, Everland dll (tak hingat dah ooooi)....... And dengan kekretivitian picture yang di ambil Ija buatkan memori itu indah (once again Thanks Ja.... camni leh leee bawak lagi ) hehehehe kalau ada rezki lahhhhh


Sunday, January 25, 2009

JEREJAK RESORT

JANUARI 2009 - Jerejak Resort Pulau Pinang.... Dah berkali-kali ajak suami untuk ke Pulau Jerejak... tapi dek kerana dengar berbagai bagai amaran dan cerita ceriti yang kurang sedap di dengar.... banyak kali jugak lah membatalkan niat. (Walau terkadang tu booking dah di buat). Kali ni kuatkan hati dan semangat dan setelah mendapat "khidmat nasihat" dari kawan "sekapal" masa g haji (yang merupakan consultant yang dilantik oleh pihak Jerejak Resort) yang mengatakan "tak ada apa lah suri kat sana".... merepek je ko nie dengar kata tempat tu "keras". Aku pun angkut semua ahli keluraga akau termasuk mak dan ayah... Terkejut gak mak dan abah pasal percutian nie memang tak di ketahui oleh depa. Yang dia orang tau nak g kenduri kahwin anak buah suami.
Jerejak Resort bagi aku sesuai sesangat untuk dijadikan salah satu destinasi percutian berkeluarga... Anak-anak boleh merasa naik bot pastu journey dari jeti ke resort pun tak lama.... Nak pergi memang senang dari KL guna hi-way PLUS sampai ke Destinasi... tak rumit pun perjalanannya... Apa yang menarik kalau di tanya....... sama seperti resort-resort yang lain cuma kalau nak lebih adventure boleh lah g hiking melawat tempat-tempat (opsss lupa nak cerita Pulau Jerejak nie dulu adalah bekas Penjara / tahanan) tahanan, tapak penjara dll. Saya tak pergi pun tempat2 mcm tu coz cuma amik pakej 2H 1M lebih kepada nak berehat...... Since anak2 suka mandi kolam selama waktu tu ke kolam renang je lah depa..... Kat kolam renang dari celah-celah pokok boleh nampak kapal terbang naik-turun dari Airport Penang.....




















Tuesday, January 6, 2009

PERIA KATAK


Emmm nak cuba tak makan peria ... peria katak.... kalau tengok dalam blog blog yang bercerita tentang peria... memang pahit..... Saya nak berkongsi satu resipi yang saya dapat dari seorang kawan dari Sandakan Sabah.... Kalau tak silap saya "cara" resipi ini adalah merupakan cara atau resipi kegemaran aruah ayahanda beliau (Almarhum En Karuput bin Diman) so sesiapa yang mencuba resipi ni jangan lah lupa sedekah Alfatihah kepada roh beliau... (mudah-mudahan ianya menjadi sedekah jariah yang berpanjangan untuk beliau)....
Resipi nya :-
3 atau 4 buah Peria katak... (dihiris halus-halus sikit lebih kurang mcm dlm gambar)
1 biji bawang besar (Potong 2 pastu hiris)
1 biji limau nipis (di ambil airnya)
3 - 4 biji cili padi (ditumbuk)
Udang kering lebih kurang dlm 20 ekor kot - direndam dengan air panas
(kalau tak suka dengan udang kering boleh tukar dengan ikan bilis)
kalau nak letak ikan bilis - goreng dulu
2 biji tomato bulat..... (dibuang biji nya dan dipotong dadu)
cili merah sebagai hiasan.
Cara-caranya ....
Peria yang telah di hiris rendam dengan air garam... dan diramas-ramas untuk menghilangkan PAHITNYA. (biarkan beberapa ketika lebih kurang dalam 5-10 minit) Pastu dibasuh dan ditoskan... masukkan bawang besar air limau nipis dan cili padi. Gaul rata-rata pastu masukkan ikan bilis atau udang kering tadi.... bila dah siap masukkan pulak tomato dan cili untuk hiasan... taaaadaaaa.... campur garam sikit... kalau suka boleh letak gula kalau yang suka dgn aji no moto letaklah sikit.... emmmm sedap dimakan dengan nasi panas-panas.....

Thursday, January 1, 2009

BELIMBING BULUH


Sempena kedatangan Ramadan ni saya ingin berkongsi satu lagi resipi ... emm yang nie pulak saya dapat dari bonda kesayangan saya (Puan Hajjah Saripah Kassim).... resipi nie pulak bonda saya dapat dari Pakar masak terkemuka Florence... (lupa nama penuh beliau)... emm nama masakan nya tak pasti.... yang PASTInya memang sedap tambah masa bulan ramadan nie ..... sedap je kot.... resepi menggunakan belimbing buluh (spt dalam gambar) saya suka resipinya coz ianya simple dan yum yum yum masam2 manis (lemak berkrim)
Resipinya...
1 kilo bilimbing buluh (dihiris harus - ditumbuk, diperah airnya dan ditos)
2 sudu besar tauchu
30 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
Cili mera sebagai hiasan.
Minyak Jagung (untuk menumis)

Cara-caranya
Panaskan minyak jagung .... masukkan bawang putih.. tumis hingga garing pastu masukkan tauchu kacau kacau pastu masukkan belimibing...,. kacau kacau sampai masak... campurkan garamdan gula (sesedap rasa) sebelum angkat letak cili merah yang telah dihiris sebagai hiasan........tadaaaaaaaaaa (masuk peti sejuk bila bila nak makan amik sikit......) yum yum yum sedap....

IKAN MASIN MASAK ASAM

IKAN MASIN GORENG ASAM


140 g daging ikan kurau atau isi ikan talang, hiris nipis dan rendam sekejap, toskan -
2 tangkai cili kering, cuci bersih, dan potong serong
5 biji bawang Besar, belah 6
5 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, belah 3
1/2 cm halia, hiris halus
300 ml jus asam jawa
gula (secukup rasa)

Cara membuatnya :
Panaskan minyak (dalam 1/2 cawan), goreng ikan masin tadi hingga garing, angkat dan toskan. Alih ke dalam pinggan sesuai. Cedok keluar minyak dan tinggalkan 3 camca besar. Tumis cili kering, bawang merah, bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan air asam dan biar mendidih. Tambah gula dan renih hingga kuah pekat (kalau suka berkuah jangan tunggu sampai pekat). Angkat dan tuang atas ikan masin tadi. Hidangkan segera dengan nasi hangat atau bubur nasi... memang mak mertua kat belakang pun tak nampak..... (gambar copy paste dari blog cek de sam)

Followers