Saturday, October 18, 2008

CAMERON HIGHLAND


Ladang Teh Cameron Valley


October 2008 - Program percutian bersama keluarga di Cameron Highland. Cameron Highland merupakan destinasi yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. HuB aku suka sesangat hirup tea panas di sini, anak2 pulak suka makan Hot Choc cake bersama ais kerim.... Selalunya kami kesini bila on the way balik dari Penang. Ada kalanya percutian disini adalah di luar rancangan. Half way balik dari Penang terus je naik ke cameron so berehatlah sehari dua kat sini esoknya turun balik. Kalau dulu memang tak gemar ke Cameron coz perjalan dan "jalan" yang agak lama dan teruk tapi sekarang memandangkan dah ada route baru naik dari Simpang Pulai.... ianya menjadi destinasi alternatif. Yang paling syok bila bawak anak2 g petik Strawberry Segar.... emmm tak hingat yang teruk apabila di timbang (teruk kene bayarlah).... Dulu aku pun tak gemar makan strwberry pasal rasanya yang agak masam tapi entah sejak dua menjak bila tau strawberry Lazat dan Berkrim (mcm iklan susu) bila di celup dalam susu pekat..... (tak caya cuba) ianya terus jadi favorite kami sekeluarga. So sebelum ke kebun strawberry aku akan pastikan HuB beli susu pekat... kalau tak jumpa kami pasti akan cari sampai dapat...... Inilah aktivit kami sekeluarga bila ke Cameron Highland..... g minum teh, pastu lawat ladang teh pastu g kebun strawberry (plug sendiri) then lepak2 pepahi bangun jogging..... Nasihat aku kalau nak g g lah hari ahad balik hari isnin..... boleh g pasar malam di Brinchang.... mcm2 ada kat situ...

Followers