Sunday, January 25, 2009

JEREJAK RESORT

JANUARI 2009 - Jerejak Resort Pulau Pinang.... Dah berkali-kali ajak suami untuk ke Pulau Jerejak... tapi dek kerana dengar berbagai bagai amaran dan cerita ceriti yang kurang sedap di dengar.... banyak kali jugak lah membatalkan niat. (Walau terkadang tu booking dah di buat). Kali ni kuatkan hati dan semangat dan setelah mendapat "khidmat nasihat" dari kawan "sekapal" masa g haji (yang merupakan consultant yang dilantik oleh pihak Jerejak Resort) yang mengatakan "tak ada apa lah suri kat sana".... merepek je ko nie dengar kata tempat tu "keras". Aku pun angkut semua ahli keluraga akau termasuk mak dan ayah... Terkejut gak mak dan abah pasal percutian nie memang tak di ketahui oleh depa. Yang dia orang tau nak g kenduri kahwin anak buah suami.
Jerejak Resort bagi aku sesuai sesangat untuk dijadikan salah satu destinasi percutian berkeluarga... Anak-anak boleh merasa naik bot pastu journey dari jeti ke resort pun tak lama.... Nak pergi memang senang dari KL guna hi-way PLUS sampai ke Destinasi... tak rumit pun perjalanannya... Apa yang menarik kalau di tanya....... sama seperti resort-resort yang lain cuma kalau nak lebih adventure boleh lah g hiking melawat tempat-tempat (opsss lupa nak cerita Pulau Jerejak nie dulu adalah bekas Penjara / tahanan) tahanan, tapak penjara dll. Saya tak pergi pun tempat2 mcm tu coz cuma amik pakej 2H 1M lebih kepada nak berehat...... Since anak2 suka mandi kolam selama waktu tu ke kolam renang je lah depa..... Kat kolam renang dari celah-celah pokok boleh nampak kapal terbang naik-turun dari Airport Penang.....




















No comments:

Post a Comment

Followers