Friday, August 1, 2008

ISTANBUL, TURKEY

Masjid Biru / Blue Mosque

Ogos 2008 - Bermusafir ke Istanbul adalah pengalaman yang paling indah dalam hidup ini bersama suami. Istanbul sebuah kota yang pada pendapat aku "cantik", menarik dan sungguh "segar". emmm nak bercerita lebih tentang bandar Istanbul rasanya tak dapat kot... pasal ke sana tahun lepas so ada lah perkara-perkara menarik yang dah lupa..... Kami ke sana tidak mengikuti sebarang pakej atau syarikat perlancongan maknanya kalau ikut kawan aku di panggilnya pakej "redah je". Tak banyak kesukaran yang dihadapi ... yang penting tak perlu sebarang visa untuk ke Istanbul.. emmm senang keje ... Bandar Istanbul adalah sebuah bandar yang "easy to access". Nak kemana-mana pun tak susah naik tram turun tram. Itulah yang kami rasa dan buat. Selama seminggu aktiviti berjelajah di setiap cerok bumi Istanbul.... Cuma makan kat sana agak mahal bagi insan seperti kami. ...... Walau tak ada pengalaman dan tanpa sebarang petunjuk kami berjaya juga merealisasikan impian untuk ke Istanbul dengan perbelanjaan yang minima. Itu yang penting ... Perbelanjaan Yang Minima. Sempat juga kami menziarahi Keluarga Dr Uzeyir (Kenal melalui Skype). Peramah dan memang happening beliau dan keluarga beliau. Sempat lah juga merasa masakan "asli" hidangan keluarga Turkish masa di sana....... menurut Dr Uzeyir nasi adalah makanan paling susah dan mahal di Turkey. Pasal ianya perlu di import dari luar.



Selat Bosphorus
Persembahan Etnik Turk

Dr Uzeyir & Puan Malik


Fatma, Zehra, Malik Husin & Mohd




No comments:

Post a Comment

Followers